Assalamualaikum guys... Satu lagi tumbuhan herba penawar KANSER jenis talas setinggi 25 cm hingga 30 cm, tumbuhan semak, menyukai tempat lembab yang tak terkena sinar matahari. Bentuk daun bulat dengan hujungnya runcing berbentuk seperti jantung. Berwarna kehijauan dan umbi berbentuk bulat rata sebesar buah pala. Nak tahu apa jenis daun ini?? InsyaAllah soon aku update.. TUNGGUUUUU!!!
Labels:
info,
khasiat daun,
rawatan kanser,
tip
Satu lagi herba penawar Kanser
2011-04-29T17:05:00+08:00
Nur Misnan
info|khasiat daun|rawatan kanser|tip|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Esok kejap jer dah masuk hari jumaat. Lusa hari Sabtu dan tulat hari Ahad. Hmmmm... laju benar masa berlari. Macam marathon plak. Kuasa Allah SWT memang hebat bukan.
N3 kali ini kita share2 baca DOA sama2 untuk sesiapa yang mengidap penyakit KANSER atau apa jua penyakit pun moga2 Allah SWT permudahkan segala urusan dan menyembuhkan penyakit yang berjangkit.
Untuk merawat pelbagai jenis BARAH atau KANSER, kombinasi bacaannya adalah :-
- Baca surah Al Fatiha dengan satu nafas - kekalkan dengan tujuh wakaf walaupun satu nafas (maksudnya walaupun membaca tanpa menyambung ayat tetapi harus baca dengan satu nafas)
- Baca surah Al Ikhlas 4 kali baca dengan satu nafas - sama seperti membuat membaca Al Fatihah
- Baca doa mengecilkan bengkak seperti di bawah ini - ALLAHUMMA YA... (tengok gambar bawah) jangan lupa selepas menyebut MUKABBIRAS SOGHIR SOGHIRMA terus sebutkan nama pesakit bin (nama MAK) dan niatlah dengan seikhlasnya dan baca habiskan doa tersebut.
- dan akhir sekali baca doa BARAH
maksudnya : Wahai Allah yang MAHA mengecilkan benda yang besar dan MAHA membesarkan benda yang kecil kecilkanlah pada dia (sebut nama pesakit) Ya Allah wahai yang paling mengasihi daripada segala yang mengasihani
DOA BARAH
DOA BARAH
Nun, Walkolami wama yasturun. Maa anta binikmati rabbika bimajnun
Nun, demi kalam dan apa yang mereka tulis, berkat nikma Tuhanmu kamu (Muhammad) sekali-kali bukan orang gila. Surah Al Qalam ayat 1 - 2
Nota
InsyaAllah semoga doa ini dapat membantu sedikit sebanyak beban pesakit2 Barah atau penyakit2 yang lain agar selamat semuanya dan cepat sembuh... AMIN
P.S. Setiap penyakit ada ubatnya namun doa itu lebih mujarab dengan menadah tangan memohon kpd-Nya agar disembuhkan dari segala penyakit yang berjangkit.
Labels:
berubat dengan doa,
doa,
doa barah,
Quran,
rawatan kanser
Doa penyakit segala Kanser
2011-04-28T23:18:00+08:00
Nur Misnan
berubat dengan doa|doa|doa barah|Quran|rawatan kanser|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Tak sempat nak snap gambar sendiri. Pinjam gambar dari awl.ch
Assalamualaikum guys... Bawang putih sebenarnya banyak kegunaan tidak kira untuk menyedapkan masakan, salad, kuih dan paling utama sekali adalah bawang putih boleh menjadi penawar KANSER. Penawar ini datang dari seorang lelaki china yang mengidap penyakit KANSER tapi tidak disebut KANSER jenis apa. Katanya dia hanya mengamalkan petua ini selama 10 minggu dan ternyata penyakit KANSER beliau pulih 100%. Nak tahu rahsia apa yang beliau gunakan.. Ceceta ceceta...
cara2nya
- ambil 10 labu bawang putih
- bakar atau panggang hingga masak ( lebih kurang 15 minit) dan makan isinya
- boleh dimakan bersama2 nasi atau apa saja makanan yang sesuai
- amalkan setiap hari (agak2 larat tak makan 10 labu setiap hari?)
- InsyaAllah dengan izin-Nya.. Niatlah dan amalkan membaca Al Quran setiap hari moga2 Allah SWT permudahkan urusan kita dan menyembuhkan penyakit yang berjangkit
Nota: Guys.. amalan dengan cara memakan bawang putih ini janganlah kita harapkan 100% penyakit KANSER pulih serta merta dalam masa 10 minggu. Itu semua bergantung kepada body kita juga. Jangan dilupa amalan2 yang pernah aku sertakan sebelum ini. Kita mencuba mana yang kita terdaya.
Peringatan untuk pesakit2 KANSER. Jika boleh amalkan memakan beras yang tiada kanji dan bergula. Beras Herba Pony Tajmahal atau brown rice adalah pilihan terbaik. Elakkan memakan makanan yang bergula dan amalkan diet yang seimbang. Lebihkan makan buah2an adalah pilihan yang terbaik seperti betik, nenas dan durian belanda.
P.S. Doa dan tawakal pada-Nya semoga amalan2 ini dapat membantu semua sahabat2 dan keluarga.. AMIN
Labels:
bawang putih,
info,
khasiat sayur,
rawatan kanser,
tip
Bawang putih juga penawar Kanser
2011-04-26T21:47:00+08:00
Nur Misnan
bawang putih|info|khasiat sayur|rawatan kanser|tip|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum cik bulan... Cantiknya kau. Duduk tinggi di atas kayangan.. Bulan ohhh bulan..
Ohhhh.... aku jatuh cinta dengan gambar nih.. kredit to NANO
P.S. Harapnya satu hari nanti nak shoot mcm nih jugak.. Lagi gempakkkk... Layannn...
Labels:
beautiful,
bulan,
gambar kreatif,
gambar unik
Cantik bulan
2011-04-25T20:07:00+08:00
Nur Misnan
beautiful|bulan|gambar kreatif|gambar unik|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Selepas kongsi2 info tentang DAUN BELALAI GAJAH @ SABAH SNAKE GRASS kat blog ramai pula yang tercari2 akan daun ini. Bukan senang nak mendapatkannya. Tak ramai yang menanam daun ajaib ini. Berkemungkinan hanya manusia berbangsa cina yang ada tanam daun ini. Aku juga mendapat bekalan daun ini dari abang ipar punya kawan berbangsa cina. Kebetulan beliau ada menanamnya. Walaupun tidak banyak namun kami sudah pun menanamnya. InsyaAllah.. jika sudah tumbuh lebat aku akan kongsi2 kepada sesiapa yang memerlukannya. Doakan agar pokok Belalai gajah ini tumbuh lebat... Amin
Tetapikan ada tak korang perasan pada KATA KUNCI yang berbunyi 'ZA....R'. Choiiiii!!! Tenggelam timbul blup blup blup tengok AYAT lemas nih. Huhuhuhu. Anyways, untuk pengetahuan semua blog ini tidak ada pun menceritakan cerita yang mencarut karut terlebih garam kecuali mini video beruk yang terlampau itu. huhuhuhu...
| KATA KUNCI | |
|---|---|
| daun belalai gajah | |
| sabah snake grass picture | |
| belalai gajah | |
| habitat daun belalai gajah | |
| turutan potong kaki | |
| bahana noda | |
| zanbar seksi | |
| \'kelebihan daun durian belanda\' | |
| belalai gajah/sabah snake grass where to get | |
| doa sakit kepala | |
| e322 lecithin halal | |
| nak beli daun belalai gajah | |
| pusat jualan daun belalai gajah | |
| zakar |
Oklah guys.. saja jer ceceta karut nih. Selamat berjumaat dan menyambut hari SABTU esok. Sure punya mana yang esok tidak bekerja mesti malam nih makan diluar bersama keluarga tercinta. Memang terbaek hubungan itu.. Amin
Labels:
borak kosong,
cerita pendek,
nuffnang
Ayat lemas
2011-04-22T13:58:00+08:00
Nur Misnan
borak kosong|cerita pendek|nuffnang|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Wrote by
Nur Misnan
Assalamualaikum dan salam Jumaat. pejam celik pejam celik dah pun bulan April 2011. Sekejap saja masa berlalu.. Alhamdulillah.. masih lagi bernyawa dan masih lagi mampu untuk meneruskan perjalanan yang singkat ini.
Kali ini kita bercakap tentang solat berjemaah. Solat jemaah adalah solat diantara imam dan makmum. Imam menjadi ketua dan makmum menjadi pengikutnya. Tetapi dalam hal solat ini aku perhatikan masih ada makmum tidak mengikut imam. Contohnya seperti sujud akhir. Jika imam sudah bangun dari sujud maka secara automatik makmum juga harus bangun sujud mengikut imam. Tidak perlu sujud terlalu lama melainkan jika solat bersendirian.
Nota:
Jika solat bersendirian, kita boleh sujud dan berdoa dalam sujud akhir tetapi sewaktu besolat jemaah haruslah mengikut imam. InsyaAllah moga2 kita sama2 perbaiki lagi solat kita agar menjadi sempurna.. Allah SWT itu maha Pengampun lagi Penyayang.. Selamat bersolat...
P.S. Setiap solat harus disertakan doa. Dalam doa kita haruslah utamakan dahulu siapa syurga kita. Contohnya seperti yang masih single dan para suami2 'doakanlah dahulu untuk MAK dan ABAH' kita dan seterusnya. Dan kepada SI ISTERI2 doakan terdahulu untuk SUAMI agar suami kita sentiasa dirahmati Allah SWT dan dilimpahkan rezeki serta dimasukkan ke SYURGA FIRDAUS dan kekal hubungan hingga akhirat.. AMIN
Assalamualaikum guys.... Hari itu aku berkongsi info tentang khasiat daun belalai gajah atau Sabah Snake Grass dengan cara membuat jus untuk penyakit KANSER. Tapi hari ini aku kongsikan lagi bahawa daun belalai gajah juga boleh di rendam dalam air panas dan suamkan kemudian baru diminum. Cara ini amat berkesan untuk penyakit seperti penyakit buah pinggang, kencing manis, gaot, sakit puan dan banyak lagi.
Teh daun belalai gajah - Daun belalai gajah @ SSG yang sudah di rendam dengan air panas..
Cara membuat TEH DAUN BELALAI GAJAH @ SABAH SNAKE GRASS
- Ambil 10 helai atau lebih daun SSG - belalai gajah
- basuh dengan air tapis atau air masak - elakkan dari membasuh menggunakan air paip
- rendam dalam segelas air panas
- biarkan selama 15 minit atau suam2 kuku dan minum
- amalkan 3 kali setiap hari
- daun yang telah di rendam tadi boleh juga dimakan
InsyaAllah akan nampak perubahannya. Tetapi mesti ingat semasa minum jus atau minum teh SSG ini haruslah berpantang baru nampak perubahannya. Baca SINI. Jika sudah pulih sepenuhnya jangan berhenti sebaliknya amalkan meminum teh SSG ini. Untuk kebaikan juga... Selamat berminum teh SSG
Labels:
daun belalai gajah,
info,
khasiat daun,
rawatan kanser,
sabah snake grass,
teh daun belalai gajah,
tips
Teh daun belalai gajah @ Sabah snake grass
2011-04-19T23:44:00+08:00
Nur Misnan
daun belalai gajah|info|khasiat daun|rawatan kanser|sabah snake grass|teh daun belalai gajah|tips|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Minggu nih aku asik beri info atau tip tentang herba2 dan buah2an yang boleh mengubati atau menjadi penawar penyakit KANSER. Jika kita dapati bahan2 ini boleh mengubati penyakit apa salahnya kita cuba amalkan dari kita asik menelan pil2 hospital atau melakukan chemotherapy. Kalau ada masa cubalah baca tentang Chemotherapy.. Jika sudah tahu bahayanya memang kita tidak akan + mahu + izinkan keluarga atau sahabat2 melakukan Chemotherapy tersebut tetapi terpulang kepada hak individu. Mungkin ada yang lebih selesa dengan ubat hospital dan peralatan2 moden. Masing2 punya pilihan dan badan.
Disini aku ingin kongsikan B17 atau biji aprikot yang boleh mengubati KANSER. Biji ini memang sangat2 pahit dan bila dikunyah akan terasa kebah atau kebas mulut. Memang sedikit berbau dan harus mengikut cara2 dan pantangnya sewaktu pengambilan B17. Selain amalan memakan B17, kita minum patinya dengan cara merebus. Cara ini lebih baik dari memakan...
B17 Biji Aprikot yang paling baik kualitynya bersaiz sedikit besar
Cara2 merebus B17..
- 300gm B17 Biji Aprikot - basuh dengan air masak sebelum rebus
- air mineral/tapis/masak 1 liter
- rebus dalam periuk kaca atau steel adalah lebih baik dengan api yang paling kecil
- rebus hingga dapat patinya dan timbang (mesti dapatkan 300gm dan simpan dalam fridge)
- cara minum 'ambil 3 sudu' pati B17 dan campur dengan segelas air
- minum setiap 3 jam hingga habis..
- dan esoknya ulangi rebusan B17 tadi dengan cara yang sama berulang kali hingga pati B17 berasa tawar baru rebus B17 yang baru
B17 Biji Aprikot yang telah direbus dan sedikit kembang
Pati rebusan B17 Biji Aprikot seperti air teh tapi jangan sangka rasanya manis...
Nota:
Sewaktu mengamalkan minum air B17, elakkkan makanan2 seperti daging, susu, keju, gula, daging ayam, sea food, ikan bersisik, barang2 makanan dalam tin dan sayur kobis.
Nota 2:
Perbanyakkan makan buah2an yang mempunyai vitamin C yang tinggi seperti betik, nenas, durian belanda dan daun durian belanda. Selamat mengamal...
Labels:
B17,
biji aprikot,
info,
rawatan kanser,
tip
Jus B17 biji aprikot
2011-04-17T23:27:00+08:00
Nur Misnan
B17|biji aprikot|info|rawatan kanser|tip|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Ada sesiapa kenal dengan daun ini? Salah satu herba daun yang boleh membunuh kanser dengan cepat dan berkesan. InsyaAllah... Mungkin ramai yang kenal mungkin tidak.. Jadi esok akan aku cerita dan share tip tentang daun magik ini... Good nite and sweet dream... Assalamualaikum
Labels:
herba,
info,
khasiat daun,
rawatan kanser,
tip
Daun ini pembunuh kanser
2011-04-15T00:07:00+08:00
Nur Misnan
herba|info|khasiat daun|rawatan kanser|tip|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Rasanya dah beberapa hari tak update blog. Sesangat sibuk bebenor menguruskan kemasukan adik bongsu ke U. Hmmmm.... hari ni bila baca paper macam2 cerita ada. Lebih menyedihkan bila terbaca bab kemalangan motor + kereta. Kelmarin kita dikejutkan berita tentang tangisan bayi dalam kubur. Alhamdulillah bayi tuh masih hidup dan sihat. Siapalah punya kerja syaitan itu.. Memang kalau jumpa kasi pancung terus bagus.. Grrrrrr..... Dan hari ni pula berita mengejutkan di MK tentang cerita pegawai pemasaran yang dipukul teruk oleh pegawai2 SPRM di bahagian kemaluannya dengan menggunakan batang besi dibungkus surat khabar.
MalaysiaKini : Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.
Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.
Pukul di kemaluan, letak ais
"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.
"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.
Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.
Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.
Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.
"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.
Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.
Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.
"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.
Nota:
Soalan yang masih menjadi tanda tanya apakah cerita yang disampaikan oleh pemangsa2 SPRM itu benar? Jika tidak masakan mereka berani membuat pengakuan ini? Masih menjadi tanda tanya adakah kematian dua tahanan SPRM membunuh diri atau sebaliknya dan kenapa mesti di Plaza Masalam?? Muskil lagi nih....
P.S. Came onlah... Kita tinggal di negara Islam Malaysia yang penuh harmonis dan aman. Tetapi kenapa masih lagi kita harus mendengar berita dan cerita yang penuh kekejaman ini.. Mungkin sekarang manusia2 yang menyeksa manusia itu terlepas.. Dan jangan ingat Allah SWT itu tidak melihat apa yang mereka lakukan kepada mereka2 yang tidak bersalah diminta mengaku bersalah.... Soon akan terbongkar jua akhirnya... Mungkin tidak di dunia tetapi di akhirat tak dapat ler nak mengelak lagi... zassssssss!!!!
MalaysiaKini : Seorang pegawai pemasaran berkata beberapa pegawai Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) membelasahnya selepas menahannya dua tahun lalu atas dakwaan menerima rasuah.
Beng Hock berkata seorang daripada pegawai itu juga menggunakan sebatang besi yang dibungkus dengan surat khabar bagi membelasahnya.
Pukul di kemaluan, letak ais
"Seorang lagi yang dikenali sebagai Mohd Ashraf Mohd Yusof menggunakan rotan bagi memukul di bahagian kemaluan saya. Seorang lagi meletakkan ais di tempat sulit saya.
"Semua ini berlaku ketika saya ditahan oleh SPRM Selangor dan tangan saya digari. Saya juga dibogelkan dan hanya dibenarkan memakai seluar dalam dan semua ini berlaku di Plaza Masalam," dakwanya.
Selain Ashraf, beliau juga menamakan Khairul Nizam, Zulkifli, dan Hairul Ilham Hamzah sebagai pegawai yang memukulnya itu.
Menyambung keterangannya, Sivanesan berkata pada permulaannya, dia ditampar dan ditendang berulang kali oleh lima hingga enam anggota suruhanjaya berkenaan.
Lelaki itu juga berkata seorang pegawai yang dinamakannya sebagai Mogan memaklumkannya bahawa tempat tahanan itu akan menjadi neraka sekiranya beliau tidak berkerjasama.
"Mereka mahu saya tandatangan mengaku bahawa saya setuju ditahan SPRM tetapi saya tak setuju,” katanya.
Sivanesan berkata beliau kemudiannya dibawa kepada seorang majistret yang kemudiannya mengeluarkan arahan tahanan reman selama empat hari.
Menurutnya, SPRM menuduhnya menerima rasuah sebanyak RM30,000 dan malah menggelidah rumahnya tetapi tidak menjumpai apa-apa.
"Berikutan tahana reman itu, mereka terus pukul saya selama 15 hingga 20 minit apabila saya pergi ke Plaza Masalam," katanya.
Nota:
Soalan yang masih menjadi tanda tanya apakah cerita yang disampaikan oleh pemangsa2 SPRM itu benar? Jika tidak masakan mereka berani membuat pengakuan ini? Masih menjadi tanda tanya adakah kematian dua tahanan SPRM membunuh diri atau sebaliknya dan kenapa mesti di Plaza Masalam?? Muskil lagi nih....
P.S. Came onlah... Kita tinggal di negara Islam Malaysia yang penuh harmonis dan aman. Tetapi kenapa masih lagi kita harus mendengar berita dan cerita yang penuh kekejaman ini.. Mungkin sekarang manusia2 yang menyeksa manusia itu terlepas.. Dan jangan ingat Allah SWT itu tidak melihat apa yang mereka lakukan kepada mereka2 yang tidak bersalah diminta mengaku bersalah.... Soon akan terbongkar jua akhirnya... Mungkin tidak di dunia tetapi di akhirat tak dapat ler nak mengelak lagi... zassssssss!!!!
Labels:
berita,
kejam,
malaysia,
ragam manusia
Pegawai SPRM belasah pegawai pemasaran dengan batang besi
2011-04-12T22:27:00+08:00
Nur Misnan
berita|kejam|malaysia|ragam manusia|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum dan salam Jumaat... Di dunia ini tiada yang senang dan tiada yang susah namun kemiskinan memang ada merata2. Usaha dan bekerja menjadi pengubah nasib tetapi jika membabitkan kanak2 yang bekerja berat itu memang tidak adil bagi mereka. Tidak sampai hati rasanya membiarkan mereka melakukan kerja2 ini sedangkan kanak2 sebaya mereka di Malaysia mahupun di negara lain bersekolah menuntut ilmu untuk masa hadapan mereka. Di manakah keadilan dan kegembiraan untuk mereka???

Dari pandangannya terlihat kesedihan dan kepayahan hidup seolah2 ingin merasai kehidupan seperti kanak2 lain

Kerja yang sepatutnya dilakukan oleh orang dewasa...

Penuh dengan debu kotoran yang boleh membawa kepada 'SAKIT'... Dimanakah keselamatan untuk kanak2 ini??

Jika terpandang terasa ingin membeli semua bunganya... Teringat semasa di Afrika, si kecil menjual buah 4 bag buah limau yang satu bag berharga 1500 Syiling Tanzania (RM4). Aku tolong belikan kesemua limau tersebut.. Sukanya dia berlari membawa pulang bakul kosong...

Sedang mencari apakah si kecil ini di kawasan sampah sarap??

Penuh dengan debu2...

Sampai bila harus si kecil ini memecahkan batu2 itu??

Ohhhh... berat lagi memadang dari memikul batu bata ini...

Pandangan yang menjadi tanda tanya sampai bilakah nasib mereka harus begini...
P.S. Terlalu dalam untuk diceritakan. Hanya mampu untuk berdoa agar satu hari nanti mereka2 ini juga mampu untuk pergi ke sekolah seperti kanak2 yang lain.. Sumber gambar dari bincorner.com
Labels:
india,
kanak-kanak,
kehidupan,
kemiskinan,
ragam manusia
Kerja berat bukan untuk kanak-kanak ini
2011-04-08T14:30:00+08:00
Nur Misnan
india|kanak-kanak|kehidupan|kemiskinan|ragam manusia|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikum guys... Bila melihat gambar ini sanggupkah kita biarkan lelaki ini minum air lopak yang kotor itu? Jika ditakdirkan kita terjumpa atau terserempak seperti lelaki ini, adakah kita menghulur tangan membantu atau kita perhatikan saja?
P.S. Teringat kes seperti ini di Sungai Buluh. Kebetulan semasa membeli bunga, ada seorang lelaki tetapi tidak diketahui berbangsa apa dan sedikit tidak siuman dengan berpakaian lusuh dan koyak cuba menjual ikan kering yang hanya ada seekor sahaja di tapaknya dengan harga RM10. Mahal harganya. Harap2 dia dapat menjual ikan yang dah kering tuh kepada seseorang yang berani mendekatinya. Aku nak cuba beli tapi terfikir plak, kalau aku beli esok lusa tulat dia jual lagi ikan kering tuh dengan harga yang mahal. Dan lagi bukan tak nak tolong, cuma risau buatnya di kejar tariknya aku tak ker naya.. hu3.. Namun jauh dari sudut hati memang cuba untuk membantu... Ikhlas..
Labels:
kemiskinan,
ragam manusia,
sedih
Lelaki ini minum air lopak
2011-04-04T20:14:00+08:00
Nur Misnan
kemiskinan|ragam manusia|sedih|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Wrote by
Nur Misnan
Assalamualaikum guys.... Pertama sekali aku nak ucap tahniah Pemenang Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010, Shaheizy Sam dengan undian sebanyak 126,168 ribu. Memang hangit betul ABPBH 2010 tadi. Lagi2 bila pengacara yang banyak celoteh dan lawak lucu si Zizan, Kak Engku dan Shahira. Memang sesuai diorang bertiga. Walaupun Kak Engku dan Shahira tidak berjaya namun mereka still lagi boleh buat lawak. Cover cool hehhh korang.. Hu3. Persembahan pada malam tadi memang menarik dengan kehadiran Anuar Zain, Yuna, Ella, Hujan, Shima, Tok Ti dan lain2. Tapi paling menarik tertarik teh tarik bila si Ucop Wilcha dan Johan datang menghantar keputusan. Naik gelak besar tengok si Ucop sebut.. ketepi..ketepi..ketepi.... hehehehe. Kalau ada Hantu Kak Limah ikut sekali mesti gempak.. hu3. Wokeh... jom kita tengok pemenang2 ABPBH 2010.. Mereka semua memang layak menang.
Pemenang2 Anugerah Bintang Popular Berita Harian 2010
- Artis Duo Berkumpulan - 6ixth Sence
- Pelakon Drama Wanita Popular - Fasha Sanda
- Juruhebah Paling Popular - FBI Faizal Ismail
- Pelakon Komedi Wanita Popular - Noorkhiriah
- Penyanyi Nasyid Popular - Rabbani
- Pengacara TV Lelaki Popular - Aznil Haji Nawawi
- Artis Baru Lelaki Popular - Shahir
- Penyampai Radio Wanita Popular - Fara Fauzana (Fafau)
- Pelakon TV Lelaki Popular - Remy Ishak
- Pengacara TV Wanita Popular - Farah Fauzana (Fafau)
- Artis Komedi Lelaki Popular - Zizan
- Penyanyi Lelaki Popular - Faizal Tahir
- Pelakon Filem wanita Popular - Lisa Surihani
- Artis Baru Wanita Popular - Ana Raffali
- Pelakon Filem Lelaki Popular - Shaheizy Sam
- Penyanyi Wanita Popular - Yuna
- Anugerah Artis Mobile Popular - 6ixth Sence
Anugerah Pencapaian Sepanjang Hayat 2010 'Dato' Rosnani Jamil'
Si Ucop Wilcha dan Johan sedang mengumumkan keputusan Bintang Paling Popular ABHPBH 2010 sambil melenggang2kan tangannya yang alalalalalonggg... hu3.. i like
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 'Shaheizy Sam'
Penyanyi Lelaki Popular ABPBH 2010 Faizal Tahir.. U look Superman dude..
Zizan dan Nabil sama2 bagus. Tapi malam ini kejayaan milik Zizan.. Memang terbaek kau...
Zizan, Kak Engku, Shahira, Johan dan Ucop Wilcha.. memang sempoi dan rock korang beb.. Tak der korang sunyi stage tuh.. hu3
Tahniah juga pada Lisa Surihani kerana memenangi Pelakon Wanita Popular 2010.. Cute Lisa
Yuna memang d best.. Cuma malam tadi dia tak bersama dengan kekasihnya SI GITAR..
Fafau dalam hitam putih.. Nampak menarik.. Tahniah Fafau. Next year kau plak kena tarik diri coz dah menang banyak kali tuh.. hu3.. 'GURAU'.. Ada niat ker nak buat begitu?
Nota:
Pemenang Anugerah Bintang Paling Popular Berita Harian 2010 membawa pulang Kereta Nissan, Barang Refflesia dan lain2.. Lumayan2.. Boleh ler buat hantaran untuk bakal isteri nanti ya Sam.. InsyaAllah
P.S. OKlah guys.. Tahniah sekali lagi untuk semua pemenang ABPBH 2010.. Tahun depan kita tengok sape plak yang menang yer... Rasa2nya kalau Tok Ti tak tarik diri, masihkah dia akan memegang Trofi ABPBH lagi?? I don't think so coz tahun ini semuanya glamours terutama Sam dan Lisa.. Gd Nite..
Labels:
abpbh,
anugerah,
artis,
keputusan abpbh 2010
Senarai dan gambar pemenang ABPBH 2010 : Tahniah Sam
2011-04-04T13:07:00+08:00
Nur Misnan
abpbh|anugerah|artis|keputusan abpbh 2010|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Assalamualaikm guys... Pertama sekali nak ucap tahniah pada pak busu dan mak busu (cik Anom) atas kehadiran puterinya Emma Rania Rosdi yang selamat di lahirkan di Hospital (.........) bertarikh 18 Feb 2011 jam 11 pagi. Jadi semalam sempat jugalah walaupun terlambat menghadiri upacara potong jambul , bercukur dan doa selamat di rumah pak busu. Sampai2 jer dah selesai upacaranya. Tak dan nak shoot berkeping2 gambar semasa potong jambul.
Yang ini anak sulong busu. Tengoklah si Haikal tidur menonggeng tapi cute. Kalau orang tua tidur macam nih sure burukkkkk.. hu3
Emma Rania dalam upacara cukur rambut.. Sempat lagi menyusu botol. Dalam gambar nih mula2 pakcik Emma guna mesin, lepas tuh daddynya (busu) plak guna pencukur.. Terasa macam kepala aku plak yang di cukur.. Geliiiii der.. hu3..
P.S. Ok itu saja gambar yang aku rasa boleh di kongsi2 kat sini. Nak kongsi gambar yang lain tak boleh coz masing2 semua pemalu yang amat.. Nak share bab makanan dah terlambat. Yang sempat masuk mulut terus.. heeeeee... Ok guys... enjoyed and good day
Labels:
Anak,
gambar cukur rambut,
new born,
rumah busu,
sepupu
Welcome Emma Rania Rosdi
2011-04-03T06:00:00+08:00
Nur Misnan
Anak|gambar cukur rambut|new born|rumah busu|sepupu|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Allahyarham Sri Bayu.. gambar info kredit Utusan
Assalamualaikum guys.. Alfatihah untuk penulis lirik yang terkenal allahyarham Jamaludin Sulik atau lebih di kenali sebagai Sri Bayu yang telah pun pergi buat selamanya pada jam lebih kurang 8.30 malam.
Arwah menderita penyakit saraf motoneuron disease. Jenazah Seri Bayu akan dikebumikan di Port Dickson, Negeri Sembilan tengahari esok hari
Hari bahagia Sri Bayu bersama isteri di hari pernikahan mereka waktu ketika dulu
Nota
Mari kita sedekahkan Al Fatihah agar roh beliau diberi rahmat oleh Allah SWT dan tergolong bersama2 orang2 yang bertakwa.. Amin
Labels:
artis,
info,
kematian,
penulis lirik sri bayu
Penulis lirik terkenal Sri Bayu meninggal dunia
2011-04-02T23:02:00+08:00
Nur Misnan
artis|info|kematian|penulis lirik sri bayu|
Comments
Ditulis oleh; Nur Misnan
Langgan:
Catatan (Atom)
Dikuasakan oleh Blogger.














